Kepentingan Pemakanan Seimbang
Pengambilan makanan yang seimbang adalah perlu bagi memastikan fungsi tubuh badan dalam keadaan baik. Antara kepentingan pengambilan makanan yang seimbang ialah:
KARBOHIDRAT
Fungsi : 1. Membekalkan tenaga bagi kegunaan badan .
PROTEIN
Fungsi : 1. Komponen utama kebanyakan enzim dalam badan .
2. Diperlukan oleh tisu dan sel badan untuk proses tumbesaran .
3. Digunakan untuk mengganti tisu-tisu yang rosak .
4. Komponen utama bagi sistem imuniti badan dalam melawan penyakit .
LEMAK
Fungsi : 1. Membekal tenaga dan haba kepada badan .
2. Disimpan dalam badan dan apabila tenaga dalam badan berkurangan lemak .
Simpanan ini akan ditukarkan kepada tenaga untuk digunakan .
3. Berperanan sebagai penebat dengan menghalang haba keluar daripada badan .
4. Membantu memanaskan badan apabila seseorang terdedah kepada suhu persekitaran yang terlalu sejuk .
MIKRONUTRIEN
Mironutrien terdiri daripada vitamin dan mineral .
Vitamin dibahagikan kepada dua kumpulan utama iaitu vitamin larut air dan vitamin larut lemak .
Vitamin larut air ialah vitamin B dan C . Vitamin larut lemak pula ialah vitamin A , D , E dan K .
Contoh garam mineral ialah kalsium , natrium , zat besi , iodin , zink dan florida .
Fungsi : 1. Meningkatkan daya tahan badan daripada pelbagai jenis penyakit .
2. Sebagai bahan pelawas .
Oleh itu , mari kita amalkan amalan pemakanan seimbang mulai sekarang . supaya badan kita kekal sihat dan bertenaga .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan